NAMA AHLI:
1.FATTY HERDIANA HENDORD
2.ERNIE BINTI IRWAN
3. RO CHAREL LE JOHN
5.NUR SALSARIA BINTI IBBA
6.RASYIDAH BINTI SAHAJUM
7. CARMEN DEVANY SUFFIAN
8.
PEARLY MERCY SUFFIAN
1.0 PENGENALAN
Pendekatan
adalah cara atau strategi bagaimana sesuatu pembelajaran itu diajar untuk
mencapai objektif pembelajaran tersebut. Dalam pendekatan ini ia dapat
mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang sesuatu matlamat pembelajaran
tersebut. Pendekatan ini juga bertujuan untuk memudahkan kanak-kanak menerima
dan memahami tentang isi pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Pada masa
ini, pelbagai jenis pendekatan digunapakai oleh para pendidik seperti
pendekatan berasaskan murid, pendekatan kooperatif, pendekatan deduktif,
pendekatan berasaskan guru dan banyak lagi. Dalam pendekatan tersebut kita
dapat membantu perkembangan kanak-kanak dengan menggunakan pendekatan
berasaskan projek.
Selain itu, pendekatan berasaskan projek ini merupakan suatu kaedah pembelajaran yang dijalankan dalam satu masa yang tertentu. Pendekatan pembelajaran berasaskan projek ini merupakan satu pendekatan pedagogi dimana ia dapat merangsang kemahiran kanak-kanak. pendekatan ini terbahagi kepada dua iaitu pendekatan dalam jangka masa yang panjang atau pendekatan dalam jangka masa yang pendek di mana ia dapat mencungkil kebolehan, kemahiran berfikir serta bakat yang ada dalam diri kanak-kanak. Dalam pendekatan tersebut ia lebih memfokuskan kepada satu tugasan amali secara sistematik atau ia lebih terancang dalam masa yang telah ditentukan dan dalam masa yang sama pendekatan ini juga biasanya melibatkan analisis data serta penyedian satu laporan yang betul selepas melakukan proses pelaksanaan aktiviti tersebut.
Sebagai seorang pendidik kita hendaklah memainkan peranan yang penting dalam membuat satu pendekatan berasaskan projek dalam satu sesi pengajaran bersama kanak-kanak. Dengan ini kumpulan kami telah melaksanakan satu projek yang berasaskan pendekatan berasaskan projek dimana projek mengenal planet bagi mengetahui tindak balas yang akan ditunjukkan oleh kanak-kanak semasa membuat dan mengetahui tentang nama-nama planet tersebut. Projek ini juga dapat dijadikan sebagai satu pembelajaran dan perkembangan sains kanak-kanak juga berkembang dengan aktiviti tersebut. Oleh itu, kumpulan kami telah bercadang untuk membuat projek ini dalam menghasilkan satu projek yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk belajar.
2.0 PROJEK MEMBINA SAINS PLANET
Dalam melaksanakan tugasan
projek ini, kami seramai 8 orang dalam satu kumpulan telah memilih untuk
membuat Projek Sains Planet. Projek ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 6
tahun. Merujuk kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan(KSPK), projek
yang kami pilih adalah berdasarkan tunjang kreativiti dan estetika. Fokus
pembelajaran ialah KE 3.0 Seni visual, standard kandungan KE 3.3 Menzahirkan
idea kreatif dalam penghasilan karya seni ( Ekspresi kreatif ) dan standard
pembelajaran ialah KE 3.3.4 Menghasilkan binaan kreatif. Sekiranya kami mengaplikasikan projek ini
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak akan dapat belajar untuk
berfikiran kreatif dalam memilih bahan-bahan yang sesuai untuk dijadikan bahan
membuat sesuatu projek. Contohnya, dawai boleh digunakan untuk dijadikan paksi
bagi planet-planet yang dibentuk. Selain itu, kanak-kanak juga dapat belajar
cara untuk mengitar semula bahan-bahan yang tidak digunakan. Contohnya, bongkah
polisterin. Bongkah polisterin boleh dikitar semula menjadi model
planet-planet.
Untuk menghasilkan Projek Sains
Planet ini, kami telah menyediakan beberapa bahan yang digunakan untuk membuat
projek tersebut. Kebanyakkan bahan yang kami gunakan untuk projek ini adalah
bahan yang dibeli kecuali bongkah polisterin. Antara bahan yang kami beli ialah
kad manila warna hitam, warna air, berus warna, gunting, dawai, pemotong dawai,
cutter, pembaris, pensel, kertas warna, kapas, pen marker, gam air, glitter,
pita pelekat, hot glue dan glue gun. Kesemua bahan tersebut dapat disediakan
dari hasil kerjasama dan komitmen setiap ahli kumpulan kami. Di samping itu,
kumpulan kami bukan sahaja menunjukkan sikap kerjasama dalam menyediakan
bahan-bahan untuk projek malah kami juga bekerjasama dalam menyiapkan Projek
Sains Planet kami ini sehingga selesai. Kumpulan kami telah mengambil masa 8
minggu untuk menyiapkan Projek Sains Planet ini.
3.0 CARA PELAKSANAAN MEMBINA PROJEK SAINS PLANET
Pada minggu pertama,perjumpaan semua ahli diadakan.Dalam perjumpaan
tersebu,semua ahli membincangkan apa projek yang sesuai dengan topik
tugasan.Setiap ahli kumpulan sebulat suara bersetuju dengan projek membina
sistem suria.Selain itu,pembahagian tugas untuk membuat laporan telah
ditetapkan.
Masuk kepada minggu kedua,setiap ahli kumpulan menyediakan bahan-bahan projek seperti yang ada senarai dibawah :
-Pen marker -Kadboard manila
(hitam) -Dawai
-Cutter -Pembaris dan
pensil -Hot glue
dan glue gun
-Warna poster -Playar (pemotong
dawai) -Kapas
-Berus -Bongkah
polystyrene Styrofoam -Gam air
-Kertas warna
-Glitter
-Pita pelekat
Minggu ketiga,semua ahli berkumpul untuk memotong bongkah polystyrene
dengan menggunakan cutter mengikut bentuk sfera menjadi mini planet.Bongkah
polystyrene dipotong kepada lapan mini planet.Setiap mini planet mempunyai saiz
yang berbeza.
Minggu keempat,lapan mini planet yang sudah siap dipotong kemudiannya diwarnakan dengan menggunakan warna poster.Seteleh siap diwarnakan mini planet tersebut dijemur dibawah cahaya matahari untuk mempercepatkan proses pengeringan.
Pada minggu kelima,ahli kumpulan mula membina ‘tapak’ menggunakan kadboard manila.Pensil dan pembaris digunakan untuk mengaris garisan pada kadboard manila.Kemudian,kad manila dipotong kepada tiga bahagian.Setelah itu,tiga bahagian kadboard manila tersebut dicantumkan.
Minggu keenam,ahli kumpulan memotong dawai ( mudah dibentuk ) menggunakan
playar.Dawai tersebut dipotong kepada lapan keratan yang mempunyai panjang yang
berbeza.Lapan keratin tersebut mewakili orbit.
Minggu ketujuh,mini planet polystyrene kemudiannya dicantum dengan keratan dawai dengan menebuk dawai tersebut pada bahagian tengah mini planet.Setelah semua mini planet berada pada bahagian tengah keratan dawai,kedua-dua penghujung dawai dicantum menggunakan hot glue pada bahagian dinding kadboard manila mengikut panjang saiz keratan dawai yang pendek ke panjang.
Minggu lapan,latar belakang mini sistem suria dihias dengan menggunakan ‘glitter’ bagi mewujudkan visual angkasa lepas.
4.0 KELEBIHAN PROJEK SAINS PLANET
1. DAPAT MENINGKATKAN PENGETAHUAN SAINS KANAK-KANAK
Kelebihan projek sains planet yang kami
buat untuk kanak-kanak ialah projek sains planet ini dapat meningkatkan
pengetahuan sains kanak-kanak. Hal ini demikian kerana dalam projek sains
planet ini, mereka dapat belajar mengenai sistem suria. Hal ini sekaligus akan
membuat kanak-kanak mengenali setiap nama planet yang ada di sistem suria. Maka
dengan itu, projek sains planet ini dapat meningkatkan pengetahuan sains
kanak-kanak.
2. DAPAT MENINGKATKAN KREATIVITI KANAK-KANAK
Seterusnya, kelebihan projek sains planet ini juga ialah dapat meningkatkan kreativiti setiap kanak-kanak yang melakukannya. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak boleh mengeluarkan kekreatifan mereka dan mengaplikasikannya untuk menghias projek sains planet ini. Maka dengan itu, projek sains ini dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak.
3. DAPAT MENINGKATKAN PERKEMBANGAN MOTOR HALUS KANAK-KANAK
Di samping itu, kelebihan projek sains
planet ini juga ialah dapat meningkatkan perkembangan motor halus kanak-kanak.
Hal ini demikian kerana, untuk membuat projek sains planet ini, kanak-kanak
akan memerlukan pergerakan tangan yang sangat banyak dan ini sekaligus akan
dapat meningkatkan perkembangan motor halus mereka. Sebagai contohnya,
kanak-kanak memerlukan pergerakan tangan untuk menggunting kertas label bagi
nama-nama planet.
4. DAPAT MENINGKATKAN PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK
Sehubungan dengan itu, kelebihan projek
sains planet ini juga ialah dapat meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak. Hal ini demikian kerana
Ketika membuat projek sains planet ini, kanak-kanak akan bercakap antara satu
dengan yang lain ataupun bercakap dengan guru untuk bertanya mengenai projek
sains planet tersebut. Maka dengan itu, perkembangan sosial kanak-kanak akan
meningkat dan mereka berani untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling mereka.
5.0 KELEMAHAN PROJEK SAINS PLANET
1. MEMAKAN KOS PERBELANJAAN
Projek yang kami lakukan memakan kos
perbelanjaan untuk menghasilkannya. Ini disebabkan semua bahan yang diperlukan
hanya ada di kedai. Contohnya kadboard hitam, dawai, dan bahan-bahan yang lain.
Semua bahan ini perlu mengeluarkan kos bagi mendapatkannya. Maka sekiranya guru
membuat projek ini dengan kanak-kanak guru perlu menyediakan sendiri ke semua
peralatan projek.
2. MEMERLUKAN BIMBINGAN DARI GURU
Semasa membuat projek ini kanak-kanak perlu
dibimbing guru sepenuhnya demi keselamatan mereka. Ini disebabkan proses
membuat projek tersebut memerlukan pemotongan dawai, melekatkan dawai dan
membentuk polistrin maka guru perlu membantu kanak-kanak untuk melakukannya.
Sekiranya, guru tidak membantu atau membimbing sepenuhnya akan berlakunya
risiko kecederaan yang berlaku kepada kanak-kanak.
3. PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN YANG TIDAK SELAMAT
Penggunaan bahan untuk membuat projek ini
dikatakan tidak selamat disebabkan adanya penggunaan dawai, gam panas dan
pemotongan polistrin. Semua bahan-bahan tersebut tidak selamat untuk
kanak-kanak gunakan kerana akan mendatangkan kecederaan yang serius. Selain
itu, kanak-kanak belum tahu cara menggunakan bahan tersebut dengan baik seperti
menggam menggunakan gam panas.
4. MUDAH ROSAK
Projek yang dibuat mudah rosak sekiranya
barang yang berat terjatuh ke atas projek. Projek ini mudah rosak disebabkan
bahan yang digunakan adalah bahan yang lembut dan tidak kukuh, contohnya
kadboard yang dijadikan dinding untuk melekatkan dawai yang berfungsi sebagai
garis kedudukan planet. Selain itu, projek tidak boleh terkena air kerana
kadboard akan hancur serta warna yang digunakan untuk mewarnakan planet akan
luntur disebabkan penggunaan jenis warna yang tidak kekal.
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, projek sains planet yang kami bina amat
bersesuaian dengan kanak-kanak yang berumur 6 tahun. Melalui projek ini,
kanak-kanak dapat meningkatkan pengetahuan sains yang mana mereka belajar
mengenai sistem suria. Seperti yang kita tahu, sistem suria adalah satu sistem
planet yang terdiri daripada matahari dan lapan buat planet iaitu utarid,
zuhrah, bumi, marikh, musytari, zuhal, uranus dan neptun. Oleh hal yang
demikian, projek ini mampu mengajar kanak-kanak bahawa planet berputar pada
paksinya dan pada masa yang sama beredar mengelilingi matahari mengikut
orbitnya dengan tepat.
7.0 RUJUKAN
1) Dawson,8 mei,2012,Projek poster,
https://cikguzudawson.wordpress.com/2012/05/08/projek-poster/
2) Michelle Ling,15 mei,2019,Sistem
suria sains,
https://prezi.com/p/bwfzexsp_lft/sistem-suria-sains-tahun-3-kssr/
3) Zairani A.Hamid,10
Oktober,2019,Pendedahan awal sains kepada kanak-kanak,
https://awal.my/pendedahan-awal-sains-kepada-kanak-kanak/
8.0 LAMPIRAN
- Selepas kami memutuskan untuk
membina projek sistem suria ,kami membuat pembahagian tugas untuk
menyiapkan laporan pada minggu 1.
- Pada minggu ke-2, kami
menyediakan bahan-bahan projek seperti dalam gambar.
- Minggu ke-3,kami memotong
polistirene untuk membentuk mini-mini planet.
- Pada minggu ke- 4,kami
mewarnakan mini-mini planet.
- Minggu ke -5,kami membuat tapak
sebagai ruang galaksi menggunakan kadbod.
- Pada minggu ke-6,kami memotong
dan membentuk dawai untuk membina orbit planet.
- Pada minggu ke -7,kami
memasukkan mini-mini planet pada orbitnya.
- Projek sains planet siap.
No comments:
Post a Comment